KAta hampir sama makna
- Kata hampir sama makna merupakan himpunan beberapa perkataan yang
mempunyai maksud yang hampir sama.
- Kesilapan semasa memilih perkataan akan membawa maksud yang berlainan
daripada situasi yang sebenar.
kata
|
makna
|
ayat contoh
|
1. basi
2. busuk
3. tengik
4. hangit
|
1.Untuk makanan atau masakan
yang tidak enak lagi kerana
telah tercemar.
2. Untuk benda atau
buah-buahan
yang mengeluarkan
bau yang
tidak enak.
3. Untuk minyak atau sesuatu
yang
berbau atau sudah lama.
4. Untuk makanan yang dimasak
terlalu lama dan
mengeluarkan
bau yang hangus.
|
1. Nasi goring di atas meja
itu
tidak boleh dimakan kerana
telah basi.
2. Sampah yang bertaburan di
atas jalan raya itu
mengeluarkan bau yang
sangat busuk.
3. Minyak masak yang berbau
tengik itu telah
dibuang ke
dalam tong sampah.
4. Nasi yang ditanak itu
berbau
hangit kerana nenek terlupa
menutup
api dapur.
|
1. beku
2. kaku
3. kejur
4. tegang
|
1. Sesuatu yang keras.
2. Kejang.
3. Keras dan kaku seperti mayat
atau rambut yang keras.
4. Liat dan keras.
|
1.Air yang diletakkan di dalam
peti
sejuk itu telah menjadi
beku.
2. Kakinya terasa kaku kerana
terlalu lama terendam di
dalam air.
3. Seluruh anggota mayat yang
dijumpai mati itu kejur.
4. Tali itu agak tegang setelah
ditarik dengan kuat.
|
1. merebus
2. menanak
3. menjerang
4. mengukus
|
1. Memasak sesuatu di dalam air
yang
sedang mendidih.
2. Memasakan sesuatu di dalam
periuk (
beras ) .
3. Memasak air sehingga mendidih.
4. Memanaskan sesuatu dengan
wap air
yang mendidih.
|
1. Ibu merebus beberapa
tonggol jagung di dalam periuk
itu.
2. Nenek menanak nasi
menggunakan periuk elektrik.
3. Jasni menjerang air untuk
membuat air milo.
4. Puan Ansa mengukus kuih itu
selama sepuluh minit.
|
1.
berkeliaran
2.
berserakan
3.
berhamburan
4.bertempiaran
|
1.
Bergerak dengan tidak tentu arah dan tanpa tujuan.
2.
Bertaburan , tidak kemas
3.
Bersepah-sepah , berselerak
4.
Lari tidak tentu arah kerana
ketakutan.
|
1.
Ada banyak anjing yang
berkeliaran di kawasan itu
pada waktu malam.
2.
Sampah sarap berserakan di
belakang kedai itu.
3.
Nasi di dalam penggan itu
berhamburan apabila
terjatuh.
4.
Lembu-lembu itu lari
bertempiaran masuk ke dalam
kandang.
|
1.
empuk
2.
lemau
3.
lembik
4.
lembut
|
1.
Lembut dan senang dikunyah.
2.
Tidak garing kerana terdedah
kepada udara.
3.
Lembut, tidak keras.
4.
Mudah dilentur dan tidak keras.
|
1.
Ibu merebus ubi kentang itu
sehingga empuk.
2.
Keropok itu telah lemau dan
tidak sedap dimakan.
3.
Nasi itu agak lembik kerana
terlebih air.
4.
Bantal itu agak lembut dan
selesa digunakan.
|
No comments:
Post a Comment