Thursday, 18 October 2012


( a ) Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Ayat Contoh
saya ( tunggal )
“ Saya berharap kamu akan menyiapkan kerja rumah itu dengan segera,” kata Cikgu Tee kepada anak muridnya.
aku ( tunggal )
“ Aku hanya anak angkat dalam keluarga itu,” kata Lim kepada Tan.
beta ( tunggal )
“Beta sungguh berdukacita mendengar berita itu,” titah Sultan Ahmad.
patik ( tunggal )
“ Ampunkan patik tuanku,” sembah Bendahara Melaka.
kami ( tunggal )
“ Kunjungan kami ke rumahnya disambut dengan tangan terbuka,” kata Fatin dan Jun Ru.
kita ( tunggal )
Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti taat kepada agama, bangsa dan negara.

  
( b ) Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Ayat Contoh
tuanku ( tunggal )
“ Ampunkanlah patik,tuanku,” sembah laksamana.
kamu ( tunggal )
“ Di manakah kamu menjumpai rantai emas ini ?” tanya ibu kepada adik.
engkau ( tunggal )
“Jangan sesekali engkau memperkecilkan kebolehan aku,” marah Amirul.
anda( tunggal )
Anda dilarang merokok di kawasan ini.
awak ( tunggal )
“ Cincin emas ini untuk awak,” kata Encik Mahathir kepada isterinya.
kalian ( tunggal )
“ Saya berharap kalian akan bekerja dengan lebih gigih lagi,” kata Encik Zakaria kepada para pekerjanya.


( c ) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Ayat Contoh
beliau ( tunggal )
Kedatangan beliau ke kampung itu disambut dengan meriah.
-nya ( tunggal )
Syarif menemani ibunya semasa berada di hospital.
baginda ( tunggal )
Baginda ialah Putera Mahkota negeri Johor.
mereka ( tunggal )
Mereka sedang menghias dewan dengan bunga-bunga yang berwarna-warni.

No comments:

Post a Comment